BIODATA
Nama: Baginda Zahiruddin
Asal
: Padang Pariaman, Minangkabau,
Pulau Sumatera, Indonesia.
Lahir pada: 1683
Meninggal pada: 1724
Penempatan makam: Kampung Parit Sakai,
Jalan
Joned, Muar.
o
Pada bumbung makam tertulis
“PANGLIMA LIDAH HITAM, BAPAK SENI SILAT LINTAU MALAYA”
o Orang pertama memperkenalkan silat
Lintau di Indonesia dan seterusnya ke Semenanjung Tanah Melayu pada abad
ke-16.
PENCAPAIAN
o Membelah batu di Pulau Besar ( Batu Belah), sebuah batu besar setinggi tiga meter dengan rekahan di tengahnya
selebar kira-kira 35 sentimeter (sm) dengan kedalaman 1.5 meter.
o
Terdapat satu tumbuhan batu timbul di atas
kedudukan kepala makam berkenaan yang berbentuk lidah dan berwarna hitam cerah.
Apabila malam bulan purnama, batu itu akan bertukar warna menjadi hitam pekat.
o Menubuhkan seni silat lintau yang pertama di
Indonesia dan seterusnya diperkenalkan di Semenanjung Tanah Melayu.
CABARAN
o Sewaktu pertempuran hebat berlaku di muara Sungai Muar antara angkatan
Padang dengan kumpulan lanun yang berlanjutan selama beberapa hari, angkatan
Padang telah berjaya menumpaskan sebahagian besar kumpulan lanun terbabit pada
mulanya.
o Namun kejayaan itu tidak sempat diraikan Panglima Lidah Hitam apabila
kapal yang dinaikinya karam selepas diserang oleh
saki baki kumpulan lanun berkenaan.
o Beliau dan beberapa pengiringnya lemas, namun kematiannya tidak disedari
pengikutnya yang ketika itu sedang bertempur untuk menghapuskan saki baki
lanun.
o Sehinggalah selepas beberapa hari tamat bertempur, seorang penduduk Parit
Sakai ternampak dua mayat terapung dan tersangkut pada pokok Tuak di kuala
parit berkenaan. Oleh kerana pada masa itu senja, mayat itu dibiarkan tanpa
diusik.
SUMBANGAN
o Bekerjasama dengan Orang Kaya Panglima Bauk
untuk hapuskan lanun-lanun yang bermaharajalela di Selat Melaka.
o Mengetuai pertempuran selama beberapa hari
untuk menghapuskan lanun di Muara Sungai Muar pada tahun 1716.
o Mempertahankan kedaulatan Negara pada abad
ke-16.
o Menjaga
kawasan Muar dari puncak Gunung Ledang, beliau duduk mengadap muka ke kawasan
Muar.
KETOKOHAN
o Panglima Lidah Hitam merupakan seorang panglima yang berani menentang
musuh dan penjajah demi kedaulatan Negara.
o Kemahiran seni mempertahankan diri yang
dimiliki diajarkan kepada anak buah Orang Kaya Bauk dengan berlapang dada.
o Berprinsip sebagai seorang panglima yang gagah iaitu “ Pantang
menyerah sebelum ajal”.
RUJUKAN
![]() |
| Ini adalah makam Panglima Lidah Hitam yang terletak di Parit Sakai, Muar. |
![]() | |
| Permandangan batu yang dikatakan dibelah oleh Panglima Lidah Hitam dari atas. |
Diharapkan agar info tentang Tokoh Silat Lintau ini dapat memberi ruang sikit sebanyak kepada anda untuk mengenali seni silat yang terdapat di Malaysia.
Ketahuilah bahawa seni silat adalah satu seni membela diri bagi orang Melayu kita, dan seharusnya kita sebagai orang Melayu, meneruskan perjuangan ini.
Sesungguhnya, sesuatu bangsa itu dikenali melalui adat dan budayanya.
Majunya sesuatu bangsa itu adalah melalui adat dan budayanya.

